Kekadang tu seronok gak dapat tengok mak-mak budak main bola jaring. Cikgu-cikgu ramai yang dah veteran tapi masih kuat lagi tenaganya. Dalam team aku ada sorang guru veteran...aku panggil kak Jun je sebab aku dengan kak Jun ni dah lama kenal...kami selalu bawa team bola jaring daerah Kulim ke peringkat negeri. Dulu dia jadi Pengerusi Teknik daerah. Umur kak Jun ni dah masuk 50 tapi kudrat dia mak aii ngalahkan budak 17 tahun. Kerna ada kak jun ler team aku jadi semangat. Thanks kak Jun..tahun depan leh main lagi.
Bila sebut pasal bola jaring ni, seingat aku ler aku dah lama betoi dengan permainan bola jaring nie. Mula-mula aku terpilih main netball ni time aku darjah 4..lepas tu aku tak toleh belakang lagi terus mewakili sekolah setiap tahun..sekolah aku masa tu SRK Sungai Star Parit Buntar. Bila aku sekolah menengah di SM Perempuan Methodist Ipoh aku turut wakill sekolah dari standard 1-5...Masa di UITM pun aku tak lepasa peluang tapi badan aku tak ler slim lagi so aku main untuk wakil kolej jer. Selepas aku jadi cikgu dan mengajar di SMK STAR Kuching..aku dah tak aktif main lagi tapi aku terus melatih pemain-pemain sekolah aku sehingga team aku jadi Johan tahun terakhir aku di Sarawak..(kata bebudak tu hadiah johan tu untuk aku...ala teruja nye)...so bila aku balik sini dan ngajar kat Serdang aku terus melatih budak-budak serdang pulak. mak aku pernah kata kat aku..."hang ni main netball dari kecik sampai ler beranak pinak.." kulit aku ni tak pernahnya cerah...tiap kali ada game mesti sun burn punya.
Bergambar kenangan. JOHAN dan Naib JOHAN
Aksi JUARA
Team Serdang JUARA
Berbaris- sedia untuk terima hadiah