Friday, June 12, 2009

Beg oh beg!


Cuti sekolah dah nak habis ni.Esok je sehari lagi nak rest. Ahad dah mula kerja...alahai rasa tak syoknya...aku memang cam tu kalau cuti lama-lama ni rasa malas lak nak gi sekolah tapi bila dah sekolah rasa malas lak nak cuti..he..he..he..betui ke cam tu..tipu ler...kalau cuti hari-hari pun ok gak. Baru-baru ni aku tak ada wat apa-apa kerja so aku pun buka ler almari tempat aku simpan beg-beg kerja aku...saja je nak buang-buang habuk...sambil-sambil pikir bukak sekolah ni aku nak pakai bag tangan yang mana satu?.Belek punya belek, sapu punya sapu, lap punya lap...rupa-rupanya banyak gak bag tangan aku nie. Tak sangka gak..


Aku ni memang suka beli bag...pantang tengok ada sale(beli yang sale jer)aku mesti beli tapi kebanyakan bag tangan aku, hubby aku yang belikan. Aku jarang pergi beli bag tangan sendiri-sendiri...selalunya aku mesti beli dengan hubby aku(sebab dia yang bayar)..aku pilih kalau aku suka..aku tanya dia...bila dia suka baru kami beli. Ada gak yang aku beli sendiri..tu pun bila aku pergi kursus..sambil berkursus kami kuar shopping...hemm time tu bila ada bag yang aku berkenan aku beli ler sendiri.

Kerja cikgu ni bag tangan mesti besor..maklum ler banyak barang-barang yang nak taruk dalam bag tu. Bedak dan lipstik dah wajib. Ubat pening kepala, ubat senggugut dan macam-macam ubat mesti ada gak..kekadang emergency kes..boleh ler guna. Lepas tu pen lak beraneka kaler..sekarang dah tak guna papan hitam lagi...kita dah guna white board...mesti ada marker pen lak. Culculator lagi...nak kira duit hutang pinggan mangkuk, hutang tudung, hutang tupperware dan macam-macam hutang ler. Kalau bag tangan kecik kena lak bawa extra bag lagi. Bag tangan aku semuanya besor-besor...senang simpan barang.

Aku ni susah sikit nak tukar-tukar bag tangan bila g sekolah..bukannya apa...aku malas nak keluarkan barang-barang dari dalam bag tu...kadang-kadang ada barang penting yang tertinggal. Selalunya aku akan tukar bag tangan bila ada cuti panjang..macam cuti kali ni ler...esok g sekolah bawa bag tangan lain lak. Okay ini ler antara koleksi bag tangan aku.

Ni bag HILLY..hubby aku beli 2 tahun lalu kat Parkson Sunway Carnival Seberang Jaya. Aku sayang sangat bag ni.

Ni pulak bag GIAMAX. Hubby aku beli kat The Store Taiping tahun lepas.

Ini bag POLO-aku beli kat Langkawi masa aku pergi kursus.

Bag Alain Delon. Aku dapat free je...tebus kupon COSWAY.

Ni pulak bag SEMBONIA- hubby aku belikan.

Ini hadiah daripada kawan baik aku "Pah" masa aku pergi melawat keluarga mereka kat Kuching Sarawak.

Bag ALFIO RALDO-aku pakai time pergi majlis-majlis rasmi je.

SEMBONIA-bag ni hubby aku beli sempena hari jadi aku awal tahun ni.

Bag VALENTINO- aku beli kat SOGO.

Enaknya mee udang



Baru-baru ini aku pergi makan mee udang kat Kuala Sepetang. Ala tempat makan yang popular tu...sampai masuk dalam program Warung Kita dan Progran Jalan-jalan Cari Makan tu. Tempatnya tak ler jauh dari bandar Taiping. Kebetulan ari tu aku gi ambik aalong dari MRSM...langsung ler cari tempat makan. Aku teringin nak makan mee..Hubby aku bagi cadangan agar kami pergi Kuala Sepetang je. Anak-anak aku pun setuju.

Bila sampai kat kedai tu ari dah malam. Masa tu tak ler ramai sangat..kami pun order ler...rupa-rupanya kita boleh pilih nak mee udang laut (original) ke atau nak udang sangkar. Udang laut ni mahal sikit..ada yang berharga RM 10.00, RM 12.00 atau RM 15.00 sepinggan. Manakala mee udang sangkar pula harganya cuma RM6.00 je. Kami pilih yang harganya RM 12.00 je. Bila sampai je mee kami...alamak banyaknya udang sampai meenya tak nampak sebab dilitupi oleh udang-udang tu. Rasanya pula...puhh!!!emm..yummy..hingga tak terkata...enak..tak macam mee udang yang biasa-biasa tu. Sapa-sapa nak cuba meh ler singgah kat Kuala Sepetang...rasa ler Mee Udang Mak Teh.


Hemm....yummyy.


Tengok...tinggal kulit udang jer...alhamdulillah kenyang.