Tuesday, June 30, 2009

Kami Juara

Hari sabtu lepas aku dengan team bola jaring Zon Serdang meyertai pertandingan bola jaring PSKPPK (utk kakitangan guru dan staf pendidikan je) kat Padang Serai.Team aku 10 orang...aku tak main cuma jadi pengurus pasukan je..frust gak tak leh main. Dulu masa muda2 aku tak pernah miss tapi bila batu karang ada dalam hempedu ni aku kena ler lupakan niat nak main tu.Masa pertandingan team yang paling kami takut ialah team Bandar Baru (Sekolah Huby aku)dia orang pun kuat-kuat, ramai pemain muda. tapi kerana semangat berpasukan akhirnya team aku jadi Johan.Seronok gak ler kerana tak sia-sia kami berlatih tiap petang...tinggal huby and anak kat rumah. Insyaallah lepas ni dapat ler p peringkat negeri pulak.

Kekadang tu seronok gak dapat tengok mak-mak budak main bola jaring. Cikgu-cikgu ramai yang dah veteran tapi masih kuat lagi tenaganya. Dalam team aku ada sorang guru veteran...aku panggil kak Jun je sebab aku dengan kak Jun ni dah lama kenal...kami selalu bawa team bola jaring daerah Kulim ke peringkat negeri. Dulu dia jadi Pengerusi Teknik daerah. Umur kak Jun ni dah masuk 50 tapi kudrat dia mak aii ngalahkan budak 17 tahun. Kerna ada kak jun ler team aku jadi semangat. Thanks kak Jun..tahun depan leh main lagi.

Bila sebut pasal bola jaring ni, seingat aku ler aku dah lama betoi dengan permainan bola jaring nie. Mula-mula aku terpilih main netball ni time aku darjah 4..lepas tu aku tak toleh belakang lagi terus mewakili sekolah setiap tahun..sekolah aku masa tu SRK Sungai Star Parit Buntar. Bila aku sekolah menengah di SM Perempuan Methodist Ipoh aku turut wakill sekolah dari standard 1-5...Masa di UITM pun aku tak lepasa peluang tapi badan aku tak ler slim lagi so aku main untuk wakil kolej jer. Selepas aku jadi cikgu dan mengajar di SMK STAR Kuching..aku dah tak aktif main lagi tapi aku terus melatih pemain-pemain sekolah aku sehingga team aku jadi Johan tahun terakhir aku di Sarawak..(kata bebudak tu hadiah johan tu untuk aku...ala teruja nye)...so bila aku balik sini dan ngajar kat Serdang aku terus melatih budak-budak serdang pulak. mak aku pernah kata kat aku..."hang ni main netball dari kecik sampai ler beranak pinak.." kulit aku ni tak pernahnya cerah...tiap kali ada game mesti sun burn punya.

Bergambar kenangan. JOHAN dan Naib JOHAN

Aksi JUARA

Team Serdang JUARA

Berbaris- sedia untuk terima hadiah

Sunday, June 28, 2009

Char kuey teow

Makan lagi...char kuey teow memang feberet aku. kalau malas nak makan nasi kami akan pergi ke warung char kuey teow along kat belakang Petronas. Warung along ni memang tak lekang dengan peminat char kuey teownya. Kekadang kami terpaksa menunggu dalam keta sementara nak dapat meja kosong. Rasanya lain dari yang lain..Aku malas nak cerita panjang..kalau nak tahu keenakannya mai la makan kat sini.

Cerita pasal char kuey teow ni aku teringat dengan sedara aku kat Pahang. Dia orang anak beranak memag suka makan char keow tiau ni...terutama dek Pah dan Na. Kalau dia orang balik kampung mesti dia orang call dan ajak aku dan huby aku makan sama. kalau makan mesti tak cukup satu pinggan..baru-baru ni masa dia orng balik..dia orang ajak aku p makan tapi tak ada rezeki kot...warung char kuey teow along tutup..kesian gak aku tengok muka-muka frust sepupu aku tuh. Tak pa bila u all balik lagi kita makan sama-sam ekk.

Afiq- sedang makan char keow Tiau kegemarannya.

Ini lah Char Keow Tiau Along

Datng ler Ke Petronas Parit Buntar untuk merasai kelazatan Char Keow Tiau Along.

doli kuey teow

Cerita makan lagi...minggu ni aku tak tau ler nape aku banyk cerita pasal makan. Makan...makan..makan. Ni cerita masa aku pergi makan kat restoran doli kuey teow di Taiping. Aku dah lama teringin nak makan kat sana...dengar orang cakap kuey teow goreng kat situ sedap. Dah masuk dalam program Warung Kita dan Jalan-jalan Cari Makan dah.

Kat restoran tu bukan hanya kuey teow goreng je yang ada...nasi ayam, mee rebus, bihun sup, kuey teow sup pun ada. Rasanya memang lazat..sapa yang dah rasa je yang tahu perbezaannya...buat adik-adikku kat KL..cepat2 ler balik kampung...leh kita p makan kat doli.




durian


Hem...banyaknya buah doyan..mesti tak habis makan ni..orang KL nak ke?

Sekarang ni musim buah2an. Tapi buah yang tengah glamer sekarang tentu ler buah doyan.(durian). Kat tempat aku pun banyak dah dijual. Kawan2 sekolah aku pun banyak yang ada dusun...so dapat ler aku makan doyan free..boleh kata tiap-tiap ari family aku makan buah doyan ni. Afiq pun hantu buah doyan...letak ler buah tu depan dia...kalau tak pantau habis di hadapnya sorang-sorang. Aku bukannya tak kasi dia makan tapi takut gak kot badan tak kuat demam pulak. Ha..buah doyan yang kat atas tu kami dapat dari dusun bapa saudara belah huby aku. Aku panggil dia Pak Su Azhar. Bila rasa nak makan huby aku call je suruh dia simpan...yang paling aku suka buah doyan paksu ni sebab isinya sedap..buahnya elok2 belaka..so apa lagi jom makan.

Tengok isi durian ni...isinya cantik..mesti rasa pun enak ni.

Hemmm...wa dah cakap...isi buah doyan ni enak bangat...jom makan...

makan2



Baru-baru ni saudara aku dari Pahang balik kampung aku kerana menghadiri kenduri kawin sepupu aku. Malamnya selepas kenduri dia orang tepon aku kata nak datang rumah aku. "Alamak bang...mak Long Yam dan anak2 nak mai rumah kita ni...cam ne ni?" Aku panik le sebab aku tak tau nak masak apa...nak jamu dia orang makan apa yee..buka peti ais...kosong..aku memang jarang masak tambah2 cuti sekolah...banyak kenduri..alamat gantung periuk ler. Huby aku kata.."tak pe bila dia orng datang nanti kita pi open table kat Nuri Tom Yam le.."lagipun masakan kat Nuri memang menjilat jari.

Bila dia orang sampai rumah aku dah dekat nak maghrib.. aku pun jamu ler apa yang patut sebagai alas perut. Pas tu kami pun berborak ler...maklum dah lama tak jumpa. Agak-agak perut dah keroncong kami pun pergi le ke Restoran Nuri Tom Yam tu. Malam tu aku order ikan siakap sweet sour 3 ekor, kailan ikan masin, tom yam campur, ayam goreng kunyi, sate dan telor dadar buat anak-anak kecik. Bila hidangan siap..apa lagi kami pun...bismillah....puhh..enaknya tambah-tambah dapat makan ramai-ramai..sambil makan sambil borak..sedar-sedar ikan dah tinggal tulang..Buat para pembaca terutamanya kaum family aku...aku nak promote ler kedai makan ni...sedap masakannya. Nanti bila U all balik kampung kita p lantak kat sana tau...joyah belanja ler.








Wednesday, June 24, 2009

Pengantin Muda

Cuti sekolah baru ni Bapa saudara aku buat majlis kenduri kahwin anak pompuan sulung dia...kira pupu aku la. Majlis 2 diadakan pada ari ahad...first day aku sekolah(aku keja kat Kedah)so lepas sekolah ler aku dengan hubby aku pergi majlis tu. Kira dah dekat jam 3 dah tapi jemputan ramai lagi...maklum kenduri mula kot.Lepas makan aku terus masuk dalam rumah jumpa dengan sedara mara aku. Syok gak datang kenduri lewat ni sebab dapat jumpa sedara mara...time 2 dah tak sibuk sangat...mak sedara aku (Mak Long Yam) dan anak2 dia dari Pahang pun balik. Seronoknya dapat jumpa dengan dia orang. Aku dengan hubby aku memang rapat dengan dia orang adik beradik. kali akhir kami jumpa masa kami ke Pahang ziarah kematian bapa mereka. Hilang rinduu...

Pengantin pula dok sibuk bergambar. Cantiknya pengantin...dua-dua masih muda..pengantin pompuan baru 19 tahun..jodoh awal kot. moga berbahgia hingga akhir usia. Ni ler koleksi gambar-gambar masa kenduri tu.


Rindunyaaaaa

Aku dah lama tak update blog aku ni. Bukannya malas tapi sebab sekolah baru dibuka minggu lepas so banyak tugas yang menghambat aku sampai aku tak sempat nak buka blog aku... dalam hati ni meronta-ronta nak update blog tapi keja lebih penting... minggu ni lega sikit sebab markah exam dah siap hantar kat guru kelas. ari ni baru aku ada peluang nak buka blog aku ni.

Ok ari ni aku nak cerita pasal hari-hari bersejarah aku minggu lepas. Banyak yang aku nak cerita ni. Kisah pertama aku dah tentu pasal ari pertama aku g sekolah. On the way aku nak sampai sekolah aku tengok jalan jemm...dalam hati aku...sekatan jalanraya ke? Oh...tidakkk rupa2nya ada accident...masa aku lalu situ aku tengok ada 4 buah keta dan 1 buah lori terbabit.Aku malas la nak berhenti...kalau berhenti nanti lambat lak sampai sekolah tapi sebaik sampai sekolah belum pun buka pintu keta handphone aku bunyi..."Kak Bib...bagitau boss saya accident..Laa hang ke Asiah?" Rupa2nya kawan aku salah sorang mangsa.Bila aku bagitau pengetua dia terus minta aku p tengok. Inilah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan..takut gak nak ambik banyak2 sebab pak polisi dah ada kat situ.
Ini ler kereta yang terbabit.
Ni ler keta WAJA kawan aku yang kena hentam tu.
Akibat tak ikut peraturan jalan raya...orang ramai jadi mangsa....

Friday, June 12, 2009

Beg oh beg!


Cuti sekolah dah nak habis ni.Esok je sehari lagi nak rest. Ahad dah mula kerja...alahai rasa tak syoknya...aku memang cam tu kalau cuti lama-lama ni rasa malas lak nak gi sekolah tapi bila dah sekolah rasa malas lak nak cuti..he..he..he..betui ke cam tu..tipu ler...kalau cuti hari-hari pun ok gak. Baru-baru ni aku tak ada wat apa-apa kerja so aku pun buka ler almari tempat aku simpan beg-beg kerja aku...saja je nak buang-buang habuk...sambil-sambil pikir bukak sekolah ni aku nak pakai bag tangan yang mana satu?.Belek punya belek, sapu punya sapu, lap punya lap...rupa-rupanya banyak gak bag tangan aku nie. Tak sangka gak..


Aku ni memang suka beli bag...pantang tengok ada sale(beli yang sale jer)aku mesti beli tapi kebanyakan bag tangan aku, hubby aku yang belikan. Aku jarang pergi beli bag tangan sendiri-sendiri...selalunya aku mesti beli dengan hubby aku(sebab dia yang bayar)..aku pilih kalau aku suka..aku tanya dia...bila dia suka baru kami beli. Ada gak yang aku beli sendiri..tu pun bila aku pergi kursus..sambil berkursus kami kuar shopping...hemm time tu bila ada bag yang aku berkenan aku beli ler sendiri.

Kerja cikgu ni bag tangan mesti besor..maklum ler banyak barang-barang yang nak taruk dalam bag tu. Bedak dan lipstik dah wajib. Ubat pening kepala, ubat senggugut dan macam-macam ubat mesti ada gak..kekadang emergency kes..boleh ler guna. Lepas tu pen lak beraneka kaler..sekarang dah tak guna papan hitam lagi...kita dah guna white board...mesti ada marker pen lak. Culculator lagi...nak kira duit hutang pinggan mangkuk, hutang tudung, hutang tupperware dan macam-macam hutang ler. Kalau bag tangan kecik kena lak bawa extra bag lagi. Bag tangan aku semuanya besor-besor...senang simpan barang.

Aku ni susah sikit nak tukar-tukar bag tangan bila g sekolah..bukannya apa...aku malas nak keluarkan barang-barang dari dalam bag tu...kadang-kadang ada barang penting yang tertinggal. Selalunya aku akan tukar bag tangan bila ada cuti panjang..macam cuti kali ni ler...esok g sekolah bawa bag tangan lain lak. Okay ini ler antara koleksi bag tangan aku.

Ni bag HILLY..hubby aku beli 2 tahun lalu kat Parkson Sunway Carnival Seberang Jaya. Aku sayang sangat bag ni.

Ni pulak bag GIAMAX. Hubby aku beli kat The Store Taiping tahun lepas.

Ini bag POLO-aku beli kat Langkawi masa aku pergi kursus.

Bag Alain Delon. Aku dapat free je...tebus kupon COSWAY.

Ni pulak bag SEMBONIA- hubby aku belikan.

Ini hadiah daripada kawan baik aku "Pah" masa aku pergi melawat keluarga mereka kat Kuching Sarawak.

Bag ALFIO RALDO-aku pakai time pergi majlis-majlis rasmi je.

SEMBONIA-bag ni hubby aku beli sempena hari jadi aku awal tahun ni.

Bag VALENTINO- aku beli kat SOGO.

Enaknya mee udang



Baru-baru ini aku pergi makan mee udang kat Kuala Sepetang. Ala tempat makan yang popular tu...sampai masuk dalam program Warung Kita dan Progran Jalan-jalan Cari Makan tu. Tempatnya tak ler jauh dari bandar Taiping. Kebetulan ari tu aku gi ambik aalong dari MRSM...langsung ler cari tempat makan. Aku teringin nak makan mee..Hubby aku bagi cadangan agar kami pergi Kuala Sepetang je. Anak-anak aku pun setuju.

Bila sampai kat kedai tu ari dah malam. Masa tu tak ler ramai sangat..kami pun order ler...rupa-rupanya kita boleh pilih nak mee udang laut (original) ke atau nak udang sangkar. Udang laut ni mahal sikit..ada yang berharga RM 10.00, RM 12.00 atau RM 15.00 sepinggan. Manakala mee udang sangkar pula harganya cuma RM6.00 je. Kami pilih yang harganya RM 12.00 je. Bila sampai je mee kami...alamak banyaknya udang sampai meenya tak nampak sebab dilitupi oleh udang-udang tu. Rasanya pula...puhh!!!emm..yummy..hingga tak terkata...enak..tak macam mee udang yang biasa-biasa tu. Sapa-sapa nak cuba meh ler singgah kat Kuala Sepetang...rasa ler Mee Udang Mak Teh.


Hemm....yummyy.


Tengok...tinggal kulit udang jer...alhamdulillah kenyang.

Monday, June 8, 2009

Tahniah Along


Masa dalam kereta balik dari mengecat rumah ari Jumaat lepas Along bagitau aku kawan-kawan dia semua dah dapat keputusan periksa. Aku kata kat along...ha!!balik rumah nanti mesti ada surat along. Rupa-rupanya tekaan aku tepat. Melompat along kuar kereta dulu...dia takut aku ambil surat tu terlebih dahulu daripada dia. Lepas tu along terus naik atas masuk bilik...lama..tak keluar..aik..risau gak aku..takut result along kurang baik..aku tahu along mengharapkan keputusan yang baik setiap kali exam. Tak lama lepas tu along turun bawah...saspen aku nengok muka along...macamana along result awak...dapat berapa..."Along dapat..4.00 (MRSM guna sistem pointer) sambil melompat memeluk aku dengan gembiranya. "Hi...bestnya mama sbb bukan senang tau nak score 4.00" kata along padaku. Hubby aku yang baru keluar dari bilik air pun turut mengucapkan tahniah pada along. Aku tahu along memang layak dapat result macam tu. Walaupun masa paper Biology along demam tapi alhamdulillah paper Biology along pun A. Aku tahu along memang syudy gila-gila tahun ni. Aku dulu pun tak ler study macam dia. Masa cuti ni pun aku tengok along jadi burung hantu. Malam along tak tidur langsung...kadang-kadang tu tengah malam aku saja-saj je turun bawah nak check apa yang along buat..tengok dia dok study...siang lak along ganti tidur dia. Aku tak kisah..dan aku tak pernah atur cara along belajar. Mudah-mudahan result SPM along juga akan cemerlang seperti apa yang along citakan.

Saturday, June 6, 2009

NAH!!! AKHIRNYA SIAP SEBAHAGIAN

Semalam aku, hubby aku dengan anak-anak pergi cat umah baru kami. Rumah tu dah lama siap diubahsuai. Cadang nak pindah hujung tahun lepas tapi tup-tup hubby aku kena tukar ke Sik Kedah sebab dinaikkan pangkat..so terbantut ler niat kami nak pindah dan terbantut jugak ler niat kami nak cat umah tu. Tapi awal Mei lalu hubby aku dapt tukar semula ke sekolah lama dia...jadi ada chance ler kami pindah tahun ni. Jadii kebetulan cuti sekolah ni kami pun nak cat rumah tu sampai selesai. Puhh!!bukannya senang nak mengecat ni..nak kena teliti tambah-tambah bahagian atas..risau gak takut cat terkena kat plaster siling..ni dah kali kedua kami pergi mengecat. Sebelum ni pada awal Januari kami cat rumah tu sebab anak buah aku(anak sepupuku)kena praktikal kat hospital Kulim..dia tak ada tempat tinggal so aku suruh ler dia dok kat rumah aku tu. Masa tu kami cuma cat bilik je(4 buah). Kali ni kami nak cat ruang tamu dan bahagian dapur pulak.

Nak mengecat ni bukan satu kerja senang. Pertama sekali cat yang kita pilih tu mesti ler sesuai dengan citarasa warna yang kita nak. Aku dengan hubby aku pun lama gak bincang pasal cat ni...ada warna yang aku nak...tapi dia tak berapa minat...ada yang dia minat tapi aku kureng sikit..anak-anak pulak nak pilih cat sendiri untuk warna bilik mereka..macam afiq dia nak warna biru dengan merah...ok ler tu bilik budak-budak. Along pulak nak warna purple dengan peach..ok gak bilik anak remaja..bilik kami...belum fikir lagi..akhirnya kami pilih cat jenama NIPPON spot less. Aku ni suka tanya pandangan kawan-kawan..lepas tu aku suka baca majalah Anjung Seri...tengok warna-warna cat dalam rumah artis-artis.Lagi pun harga cat NIPPON ni tak ler mahal sangat..lebih kurang RM 100 untuk 5 liter.Kami pergii sendiri kat kedai cat tu...kami pilih warna dan kami tengok sendiri mereka bancuh cat tu. Akhirnya kami amat puas hati dengan hasilnya. Memang cantik (ceh!!puji sendiri).

Kami mula mengecat lebih kurang jam 9 pagi. Mula-mula along cat ruang tamu kedua. Dia cat bahagian bawah saja. Bila siap aku ambil alih dan cat bahagian atas pula. Hubby dan afiq cat bahagian dapur dengan cat putih(under coat)dulu. Ya Allah punya ler penat...sakit kaki aku kena naik turun tangga...tengahari berhenti rehat makan dan lepas tu sambung balik mengecat. Hari tu kami dapat cat ruang tamu kedua, ruang tamu utama (sebahgian saja) dan ruang dapur kering (sebahagian gak). Minggu depan sambung lagi. Nak tengok hasilnya...lihat ler gambar-gambar kat bawah tuh.

ni ler cat yang kami gunakan

Afiq pun rajin menolong abah ngan mama dia

Along pula tak penat-penat mengecat...semangat rumah baru kot

Hah!!!lega...dah siap separuh.

Buah ohhh Buah


Pagi ni hubby joyah ajak joyah dengan anak-anak pegi cat umah baru kami di Kulim.On the way kami singgah breakfast dulu..maklum pegi seawal pagi...joyah tak sempat prepare breakfast(selalu2 pun tak buat gak). Lepas isi alas perut dengan apa yang ada kat kedai makan tu anak2 joyah sempat gak pegi ke Taman Permainan kat sebelah kedai makan tu. Hubby joyah pulak dok sibuk memilih buah mempelam dengan buah manggis..bukan musim buah manggis pun...tersesat berbuah agaknya..joyah tengok buhnya tak ler besar...macam terbantut jer...tapi si afiq tu nak juga..so hubby aku pun beli la buah manggis tu. Anak-anak aku pula sibuk main buaian...si along tu dah besar2 pun ada minat gak...tak per Long..main ler...tumpang bebudak lain tak ada.

Tengok dua beradik tu tengah seronok naik buaian. Masa kecik dulu tak nak naik buai puas-puas...

Thursday, June 4, 2009

Cerita aku hari ini

Hari ini ari yang ke 4 aku bercuti setelah balik lawatan sambil belajar ke KL dan Melaka...maklum ler jadii cikgu ni masa cuti kena bawa anak didik p bercuti gak...terpaksa lak tinggal hubby ngan anak2. Nak ceritera sikit masa p lawatan tu aku bawa budak2 koperasi. Best bila p dengan dia orang ni....aku syok ikut dia orang sebab CEO nya member baik aku...semua belanja ditanggung...dia kata "Bib..hang bawa badan dengan duit nak shopping je"..aduhh...senang bangat ni..pulak 2 ada agenda shoping kat Nilai..masa kat Melaka aku tak beli apa pun...tak ada benda yang menarik..sebabnya benda2 kat Nilai lagi menarik aku so simpan duit beb...time nak balik Kedah baru kami singgah Nilai..masa 2 lebih kurang jam 4 ptg..bos kata "kita dok kat sini sampai jam 6.30 ptg." Dalam hati aku berkata"cukup ke 2 1/2 jam...tak "dan" nak ronda banyak kedai tapi ok gak dari tak singgah langsungkan...aku n geng pun apa lagi teruslah menyoping dan akhirnya....aku beli ler la apa yang aku hajati...nak tahu apa?? pastinya kain langsir ler sebab aku nak masuk umah baru...murah sangat...aku dapat day curtain...semeter RM 15.90 tapi after less...??macam tak caya..nanti ler bila langsir siap aku bagitahu ???tungguuuu. Balik umah aku terus demam 2 hari...

Ni nak cerita pasal gambar kat bawah lak. Aku ni bukannya apa...tengah cuti ni tak ada kerja nak buat (tipu....kertas periksa budak berlambak tak semak lagi....). Gambar 2 kami ambil masa birthday anak sulung aku. Nur Alya Afiqah namanya. Maknanya Cahaya Ketinggian Ilmu. Masa aku ngandungkan dia aku memang nakkan dia jadi orang yang berilmu....selalu2 aku akan hantar kek kat sekolah dia (masa di Badlishah) dan dia akan celebrate dengan geng dia tapi sejak dia dok kat MRSM Taiping ni...tiap--tiap minggu aku pegi jengah dia..tahun ni along (panggilan manja dia sejak kecik) nak SPM so kami mesti bagi moral support kat dia...semangat....semangat(ambik dari kata-kata INTAN)...ari 2 dah lewat so along potong kek kat hostel je. Happy Birthday Along..moga cita-cita tercapai. Haa..ni nak cerita pasal sikecik kat sebelah along 2. Nak tau sapa?? Ha..ha..tu ler anak bongsu aku (bongsu ke??) adik si along..namanya Muhamad Afiq Amsyar..maknanya berlmu dan cergas (memang aktif). Afiq ni lahir setelah along berusia 9 tahun lebih...tak sangka betul aku akan dapat si afiq ni. Tu ler kuasa Allah namanya...syukur..aku dah ada sepasang anak...cukup ler kot..bukan senang nak jadikan mereka ni insan yang sempurna dunia dan akhirat...tapi aku akan usaha...

Wednesday, June 3, 2009

HARI 1 - BERAKHIR DENGAN JAYANYA


Alhamdulillah...hai..alangkah bahagianya aku kerna ari ni aku berjaya buat blog sendiri. Tu pun selepas 2 kali gagal. Maklum ler dah tue2 nie..lambat pick up. Ari nie along balik...dia tanye aku...mama tak ade blog ke? Senang je ma wat blog...maksu dah ajar along masa kat hostel. Waduh3 mak su...nape ajar anak akak...nnape tak ajar akak joyah nie. Any how..aku dah berjaya..Tq wat hubby aku...sorry tau...dlm pada hati dia gundah gulana dia sudi gak nolong aku..dah nama pun asam garam hidupkan...kan...kan...