Showing posts with label Jom makan. Show all posts
Showing posts with label Jom makan. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

Jasamu dikenang

Baru-baru ni kelab staf sekolah aku buat jamuan "jasmu dikenang" untuk cikgu2 yang berpindah hujung tahun lalu. Dah lama plan nak buat tapi ada jer halangan...ari tu baru jadik. Kami wat makan-makan tu kat Kulim Golf Resort...best gak tempat tu...bayarannya oaky...makannannya pun okay. Joyah malas nak cerita panjang ...Jom kita layann....tengok ler gambar-gambar kat bawah tuh..


Aku dengan rakan sekerja yang satu kepala....kaki makan...

Aku dipeluk oleh Pn Saripah Mustafar- bekas pengetua tahun lepas..bukan senang pengetua nak peluk kitaa oii...hilang rindu kat kak Pah yang very understanding.

Guru-guru yang telah bertukar

Bergambar kenangan selepas kenyang makan....macam-macam ada...

Saturday, July 4, 2009

pizza...oii pizza


hemm....yummy..nak rasa..jom makan
Hemm aku baru balik tengok along kat MRSM. Dah dua minggu tak jengok along...rindu gak kat dia..ada duit ke dia atau ada barang yang dia nak beli ke..minggu lepas tak dapat pegi sebab sibuk dengan game. Bila sampai kat hostel dia je si afiq pun terus tanya along " along..kita nak pegi makan apa? Kita makan pizza nak?" Belum sempat along jawab afiq dah bagi jawapan. Along kata "okay gak sebab dah lama kita tak makan pizza, kann mamaa"... Dalam hati aku memang betoi pun kami dah lama tak makan pizza...so kami terus ke restoran pizza huts and anak-anak aku pun apa lagi terus ler menunaikan hajat nak makan pizza.

Spegetti pun ada...ni feberet along

Ewah...sedapnya along makan speggeti..tak ajak mak su ngan mak teh ke

Along dan afiq...tak angkat muka khusyuk dok makan

Salad pun ada

Akhir sekali rasa ler ice cream yang di order oleh afiq.

Rai kejayaan

Lepas habis game bola jaring petang tu...kami pakat-pakat nak raikan kejayaan dengan makan kat KFC. Aku pun dah lama tak keluar makan dengan kawan-kawan ni. Kami pun plan ler nak pegi GIANT Kulim (kebetulan GIANT Kulim baru dirasmikan pembukaannya ari jumaat lepas. Sampai kat sana...mak aii..punya ler ramai orang..nak cari parking pun susah...hampir 20 minit ler aku pusing-pusing (2-3 round pusing balik) baru dapat parking..perut pun dah lama berdendang ni. Bila sampai jer ayam tu apa lagi kami pun...dah tak pandang kiri kanan lagi...laparr sangat ler tu.

Awa...baru 10 tahun tapi semagat nak ikut umi dia


Kawan-kawan aku pun sama-sama lapar gak

Yummy...jom makan

Tengah lapar ni...nak makan sama-sama saya...jom makan

Sunday, June 28, 2009

Char kuey teow

Makan lagi...char kuey teow memang feberet aku. kalau malas nak makan nasi kami akan pergi ke warung char kuey teow along kat belakang Petronas. Warung along ni memang tak lekang dengan peminat char kuey teownya. Kekadang kami terpaksa menunggu dalam keta sementara nak dapat meja kosong. Rasanya lain dari yang lain..Aku malas nak cerita panjang..kalau nak tahu keenakannya mai la makan kat sini.

Cerita pasal char kuey teow ni aku teringat dengan sedara aku kat Pahang. Dia orang anak beranak memag suka makan char keow tiau ni...terutama dek Pah dan Na. Kalau dia orang balik kampung mesti dia orang call dan ajak aku dan huby aku makan sama. kalau makan mesti tak cukup satu pinggan..baru-baru ni masa dia orng balik..dia orang ajak aku p makan tapi tak ada rezeki kot...warung char kuey teow along tutup..kesian gak aku tengok muka-muka frust sepupu aku tuh. Tak pa bila u all balik lagi kita makan sama-sam ekk.

Afiq- sedang makan char keow Tiau kegemarannya.

Ini lah Char Keow Tiau Along

Datng ler Ke Petronas Parit Buntar untuk merasai kelazatan Char Keow Tiau Along.

doli kuey teow

Cerita makan lagi...minggu ni aku tak tau ler nape aku banyk cerita pasal makan. Makan...makan..makan. Ni cerita masa aku pergi makan kat restoran doli kuey teow di Taiping. Aku dah lama teringin nak makan kat sana...dengar orang cakap kuey teow goreng kat situ sedap. Dah masuk dalam program Warung Kita dan Jalan-jalan Cari Makan dah.

Kat restoran tu bukan hanya kuey teow goreng je yang ada...nasi ayam, mee rebus, bihun sup, kuey teow sup pun ada. Rasanya memang lazat..sapa yang dah rasa je yang tahu perbezaannya...buat adik-adikku kat KL..cepat2 ler balik kampung...leh kita p makan kat doli.




makan2



Baru-baru ni saudara aku dari Pahang balik kampung aku kerana menghadiri kenduri kawin sepupu aku. Malamnya selepas kenduri dia orang tepon aku kata nak datang rumah aku. "Alamak bang...mak Long Yam dan anak2 nak mai rumah kita ni...cam ne ni?" Aku panik le sebab aku tak tau nak masak apa...nak jamu dia orang makan apa yee..buka peti ais...kosong..aku memang jarang masak tambah2 cuti sekolah...banyak kenduri..alamat gantung periuk ler. Huby aku kata.."tak pe bila dia orng datang nanti kita pi open table kat Nuri Tom Yam le.."lagipun masakan kat Nuri memang menjilat jari.

Bila dia orang sampai rumah aku dah dekat nak maghrib.. aku pun jamu ler apa yang patut sebagai alas perut. Pas tu kami pun berborak ler...maklum dah lama tak jumpa. Agak-agak perut dah keroncong kami pun pergi le ke Restoran Nuri Tom Yam tu. Malam tu aku order ikan siakap sweet sour 3 ekor, kailan ikan masin, tom yam campur, ayam goreng kunyi, sate dan telor dadar buat anak-anak kecik. Bila hidangan siap..apa lagi kami pun...bismillah....puhh..enaknya tambah-tambah dapat makan ramai-ramai..sambil makan sambil borak..sedar-sedar ikan dah tinggal tulang..Buat para pembaca terutamanya kaum family aku...aku nak promote ler kedai makan ni...sedap masakannya. Nanti bila U all balik kampung kita p lantak kat sana tau...joyah belanja ler.








Friday, June 12, 2009

Enaknya mee udang



Baru-baru ini aku pergi makan mee udang kat Kuala Sepetang. Ala tempat makan yang popular tu...sampai masuk dalam program Warung Kita dan Progran Jalan-jalan Cari Makan tu. Tempatnya tak ler jauh dari bandar Taiping. Kebetulan ari tu aku gi ambik aalong dari MRSM...langsung ler cari tempat makan. Aku teringin nak makan mee..Hubby aku bagi cadangan agar kami pergi Kuala Sepetang je. Anak-anak aku pun setuju.

Bila sampai kat kedai tu ari dah malam. Masa tu tak ler ramai sangat..kami pun order ler...rupa-rupanya kita boleh pilih nak mee udang laut (original) ke atau nak udang sangkar. Udang laut ni mahal sikit..ada yang berharga RM 10.00, RM 12.00 atau RM 15.00 sepinggan. Manakala mee udang sangkar pula harganya cuma RM6.00 je. Kami pilih yang harganya RM 12.00 je. Bila sampai je mee kami...alamak banyaknya udang sampai meenya tak nampak sebab dilitupi oleh udang-udang tu. Rasanya pula...puhh!!!emm..yummy..hingga tak terkata...enak..tak macam mee udang yang biasa-biasa tu. Sapa-sapa nak cuba meh ler singgah kat Kuala Sepetang...rasa ler Mee Udang Mak Teh.


Hemm....yummyy.


Tengok...tinggal kulit udang jer...alhamdulillah kenyang.