Friday, August 7, 2009

Kasut ohh kasut

Sabtu lepas bermulanya jualan Mega Sale. Along lak balik rumah sebab nak ajak kami p beli kasut sebab dia ada "mok Interview". MRSM memang ada wat interview kat semua student....persiapan awal untuk dia orang...nanti bila kuar senang nak pergi mana2...interview sebab dah praktis awal. So petang sabtu lepas kami anak beranak pun pergi ler kat Megamal Pacific kat seberang Jaya. Aku pun tak tau rupa-rupanya ari tu adalah hari "PC card member". ya Allah offer gila2. kasut pompuan offer sampai 70%. aku dengan along pun apa lagi...rambang mata dibuatnya.

Aku yang pada mulanya tak rancang pun nak beli kasut...last-last dapat juga 3 pasang. Along lak beli 3 pasang...sepasang untuk dia 2 pasang lagi untuk kawan.tapi dia bisik2 kat aku..."mama..along rasa kasut yang along beli kat kawan ni along nak bagi dia pinjam jer...pas tu along nak ler sebab along suka..." masyaallah along dah kena penyakit sama cam aku la ni.Tapi gua cakap luu...memamg berbaloi beli time ada sale ni tambaah2 kalau kita jadi ahli...bayangkan ler kasut aku Alain Delon kalau taak offer harganya RM180..tapi bila less 50% baru RM 90...murahkannnn. Kasut along lak after less tinggal RM 27 dari harga RM 60...berbaloi kan...kan.Untuk afiq lak yang dah muncung-muncung mulutnya sebab tak tahan tunggu kami lama-lama kat tempat kasut aku belikan dia kasut Bubble Gummers dari kedai BATA..dah belikan afiq kasut..aku intai-intai lak sandal yang aku sedang pakai ....hemmm...dah tak cantik lagi tak leh pakai raya nanti...so aku beli la satu sandal BATA Confit untuk diri sendiri. So kita layan dulu gambar kasut-kasut yang kami borong pada hari tu. jangan jelesss.


Kasut-kasut yang kami borong pada hari tu.


Kasut yang along beli untuk kawan dia- Carlo Rino - RM 27.90.

Kasut Alain Delon aku - RM50 (after less 50%)

Kasut aku gak-along pilih - RM90.

Sandal aku dari kedai BATA RM 59.90

Kasut Sentini untuk kawan along -RM 26.90

Sentini along punya -juga RM29.90


Kasut Bubble Gummers Afiq.

"KAMI SEDIA UNTUK DIPAKAI"

Ada lagi satu cerita ni...ni pasal shopping gak ni. Bulan lepas aku dapat tunggakan gaji..banyak gak la dari bulan satu sampai bulan enam. So awal-awal lagi aku dah plan nak beli beg tangan baru. Aku bagitau hubby aku, dia kat okay...so kami pun pergi ler survey kat shopping kompleks..tengok-tengok ada beg tangan baru...jenama yang aku minat lak tu. Aku tak pikir panjang terus la sapu je...dah niat nak beli...mesti tunaikan juga niat tu. So dapat ler bag Bonia tu...adik-adik kat KL lu orang jangan jeles bila tengok joyah pakai beg tangan baru raya ni. Anak-anak menakan mak lang lak jangan minta duit raya lebih tau pasal duit mak lang dah habis buat beli beg tangan dan kasut.. Ha..ni cerita pasal beg duit lak...beg duit Bonia ni aku tak beli tapi hubby aku yang hadiahkan sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 18. Alhamdulillah dah 18 tahun usia perkahwinan kami.


Beg ni aku dah mimpi selama 18 tahun...baru dapat beli...

Hadiah daripada cik abang...Thanx a lot.

Explorasi Bahasa

Minggu lepas adalah minggu Bahasa so aku selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu kenalah buat program kat budak2. Pening gak pala ni pikir nak wat aktiviti apa yang leh menyeronokkan dia orang ni. Maklum ler asyik dok dalam kelas pun boring gak. Last-last aku plan buat explorasi bahasa (ala-ala explorace), kuiz tatabahasa, deklamasi sajak, dan pertandingan menulis cerita lucu. alhamdulillah banyak penyertaan daripada murid2 sampai aku kena tutup penyertaan biarpun belum sampai tarikh tutup.Kejam gak rasanya...tapi kena tutup gak sebab takut bajet tak cukup...prinsip aku semua budak yang ambik bahagian aku mesti bagi hadiah walaupun sebatang pen. Baik kan cikgu Bib ni.

Aku rasa aktiviti yang paling budak2 aku enjoy ialah explorasi bahasa. Ya Allah gila2 jadinya tambah2 pelajar lower 6 yang handle program tu. macam2 denda yang dikenakan pada setiap check point. Aku cuma pantau je supaya program tu berjaya. Terima kasih ler wat anak2 didik aku terutama budak2 lower 6 yang tolong aku. Okay kita layannn gambar2 kat bawah ni ya.

Pelajar2 telah sedia untuk menyertai explorasi bahasa

Sedang cari nama pengarang buku - dalam library

Bincang nak buat apa lak lepas ni

Hakim sajak yang arif lagi bijaksana - aku, Niza n sorang pelajar lower 6.

johan Deklamasi sajak - nurul Farahwahida - anak didik aku ni.

Petugas sedang bertugas di salah satu check point.