Sunday, June 28, 2009

Char kuey teow

Makan lagi...char kuey teow memang feberet aku. kalau malas nak makan nasi kami akan pergi ke warung char kuey teow along kat belakang Petronas. Warung along ni memang tak lekang dengan peminat char kuey teownya. Kekadang kami terpaksa menunggu dalam keta sementara nak dapat meja kosong. Rasanya lain dari yang lain..Aku malas nak cerita panjang..kalau nak tahu keenakannya mai la makan kat sini.

Cerita pasal char kuey teow ni aku teringat dengan sedara aku kat Pahang. Dia orang anak beranak memag suka makan char keow tiau ni...terutama dek Pah dan Na. Kalau dia orang balik kampung mesti dia orang call dan ajak aku dan huby aku makan sama. kalau makan mesti tak cukup satu pinggan..baru-baru ni masa dia orng balik..dia orang ajak aku p makan tapi tak ada rezeki kot...warung char kuey teow along tutup..kesian gak aku tengok muka-muka frust sepupu aku tuh. Tak pa bila u all balik lagi kita makan sama-sam ekk.

Afiq- sedang makan char keow Tiau kegemarannya.

Ini lah Char Keow Tiau Along

Datng ler Ke Petronas Parit Buntar untuk merasai kelazatan Char Keow Tiau Along.

doli kuey teow

Cerita makan lagi...minggu ni aku tak tau ler nape aku banyk cerita pasal makan. Makan...makan..makan. Ni cerita masa aku pergi makan kat restoran doli kuey teow di Taiping. Aku dah lama teringin nak makan kat sana...dengar orang cakap kuey teow goreng kat situ sedap. Dah masuk dalam program Warung Kita dan Jalan-jalan Cari Makan dah.

Kat restoran tu bukan hanya kuey teow goreng je yang ada...nasi ayam, mee rebus, bihun sup, kuey teow sup pun ada. Rasanya memang lazat..sapa yang dah rasa je yang tahu perbezaannya...buat adik-adikku kat KL..cepat2 ler balik kampung...leh kita p makan kat doli.




durian


Hem...banyaknya buah doyan..mesti tak habis makan ni..orang KL nak ke?

Sekarang ni musim buah2an. Tapi buah yang tengah glamer sekarang tentu ler buah doyan.(durian). Kat tempat aku pun banyak dah dijual. Kawan2 sekolah aku pun banyak yang ada dusun...so dapat ler aku makan doyan free..boleh kata tiap-tiap ari family aku makan buah doyan ni. Afiq pun hantu buah doyan...letak ler buah tu depan dia...kalau tak pantau habis di hadapnya sorang-sorang. Aku bukannya tak kasi dia makan tapi takut gak kot badan tak kuat demam pulak. Ha..buah doyan yang kat atas tu kami dapat dari dusun bapa saudara belah huby aku. Aku panggil dia Pak Su Azhar. Bila rasa nak makan huby aku call je suruh dia simpan...yang paling aku suka buah doyan paksu ni sebab isinya sedap..buahnya elok2 belaka..so apa lagi jom makan.

Tengok isi durian ni...isinya cantik..mesti rasa pun enak ni.

Hemmm...wa dah cakap...isi buah doyan ni enak bangat...jom makan...

makan2



Baru-baru ni saudara aku dari Pahang balik kampung aku kerana menghadiri kenduri kawin sepupu aku. Malamnya selepas kenduri dia orang tepon aku kata nak datang rumah aku. "Alamak bang...mak Long Yam dan anak2 nak mai rumah kita ni...cam ne ni?" Aku panik le sebab aku tak tau nak masak apa...nak jamu dia orang makan apa yee..buka peti ais...kosong..aku memang jarang masak tambah2 cuti sekolah...banyak kenduri..alamat gantung periuk ler. Huby aku kata.."tak pe bila dia orng datang nanti kita pi open table kat Nuri Tom Yam le.."lagipun masakan kat Nuri memang menjilat jari.

Bila dia orang sampai rumah aku dah dekat nak maghrib.. aku pun jamu ler apa yang patut sebagai alas perut. Pas tu kami pun berborak ler...maklum dah lama tak jumpa. Agak-agak perut dah keroncong kami pun pergi le ke Restoran Nuri Tom Yam tu. Malam tu aku order ikan siakap sweet sour 3 ekor, kailan ikan masin, tom yam campur, ayam goreng kunyi, sate dan telor dadar buat anak-anak kecik. Bila hidangan siap..apa lagi kami pun...bismillah....puhh..enaknya tambah-tambah dapat makan ramai-ramai..sambil makan sambil borak..sedar-sedar ikan dah tinggal tulang..Buat para pembaca terutamanya kaum family aku...aku nak promote ler kedai makan ni...sedap masakannya. Nanti bila U all balik kampung kita p lantak kat sana tau...joyah belanja ler.