Monday, August 3, 2009

Rinduunyaaaa

Hai member-member blog. aduhai lama sungguh aku tak update blog ni. Bukannya malas tau tapi akhir2 ni aku bz sangat-sangat. Busy pasal apa pun aku tak tau tapi yang aku tau tiap2 hari aktiviti aku penuh aje. Pagi p sekolah...balik sekolah...kena wat kerja sekolah lak...ada yang tak sempat siap masa di sekolah. Malam time aku dengan afiq...kalau tak dok sebelah dia alamat tak buat homework dia lee.Hujung minggu lak mesti kuar g window shopping...ni aktiviti wajib..so mana nak sempat update blog. ari ni aku gagahkan juga...walaupun penat kat sek tadi belum habis lagi tapi blog punya pasal...tak pe..aku nak cerita apa ya...ohh minggu ni minggu ujian kat anak-anak murid aku...aduh..dah nak exam tapi dia orang tak rasa nak demam lagi nih..nak wat lagu mana ya..aku tengok kawan-kawan aku yang lain pun merungut gak pasal anak-anak didik dia orang..ada yang kata kalau budak-budak tu tak rasa nak demam periksa...last-last cikgu-cikgu yang demam.

Sebut pasal murid-murid ni teringat pulak kisah aku dengan murid2 tingkatan 4 Berlian (kelas paling baik, aku ajar BM.) dua hari lepas aku ajar karangan..pas 2 suruh depa wat latihan tu kat umah dan hantar esoknya...Tup2 esoknya budak2 pompuan melayu je yang hantar...budak cina, and budak laki melayu sorang pun tak hantar...alasan lupa bawak. Alamak mendidih ler darah aku ni..tak pa esok hantar kataku. Esoknya time kelas dia orang aku suruh hantar buku 2...ada yang hantar tapi kerja tak siap gak...bila tanya tak tau nak wat...pulak dah...nak kena dah budak ni. Masa aku ajar, bila tanya faham...depa jawab faham...apa lagi aku pun dengan muka menyinga terus ambik buku dia orang tu dan baling keluar kelas hingga ke tingkat bawah. "Ha...ni je tempat yang paling layak buku2 kamu tu dok". Sapa yang malas...buku mereka tak akan layak dok atas meja saya"..wah masa tu aku rasa aku ler cikgu yang paling garang sebab banyak mata-mata yang lihat aku buang buku depa tu.
Sebenarnya aku ni bukanlah cikgu yang garang tapi ari tu aku geram sangat...Cikgu pun ada perasaan gak. Tapi ada hikmahnya aku wat lagu tu sebabnya aku tengok ada ler perubahan pada diri anak2 murid aku tu...depa dah wat kerja yang aku bagi. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment