Sunday, June 28, 2009

makan2



Baru-baru ni saudara aku dari Pahang balik kampung aku kerana menghadiri kenduri kawin sepupu aku. Malamnya selepas kenduri dia orang tepon aku kata nak datang rumah aku. "Alamak bang...mak Long Yam dan anak2 nak mai rumah kita ni...cam ne ni?" Aku panik le sebab aku tak tau nak masak apa...nak jamu dia orang makan apa yee..buka peti ais...kosong..aku memang jarang masak tambah2 cuti sekolah...banyak kenduri..alamat gantung periuk ler. Huby aku kata.."tak pe bila dia orng datang nanti kita pi open table kat Nuri Tom Yam le.."lagipun masakan kat Nuri memang menjilat jari.

Bila dia orang sampai rumah aku dah dekat nak maghrib.. aku pun jamu ler apa yang patut sebagai alas perut. Pas tu kami pun berborak ler...maklum dah lama tak jumpa. Agak-agak perut dah keroncong kami pun pergi le ke Restoran Nuri Tom Yam tu. Malam tu aku order ikan siakap sweet sour 3 ekor, kailan ikan masin, tom yam campur, ayam goreng kunyi, sate dan telor dadar buat anak-anak kecik. Bila hidangan siap..apa lagi kami pun...bismillah....puhh..enaknya tambah-tambah dapat makan ramai-ramai..sambil makan sambil borak..sedar-sedar ikan dah tinggal tulang..Buat para pembaca terutamanya kaum family aku...aku nak promote ler kedai makan ni...sedap masakannya. Nanti bila U all balik kampung kita p lantak kat sana tau...joyah belanja ler.








No comments:

Post a Comment