Sunday, June 28, 2009

durian


Hem...banyaknya buah doyan..mesti tak habis makan ni..orang KL nak ke?

Sekarang ni musim buah2an. Tapi buah yang tengah glamer sekarang tentu ler buah doyan.(durian). Kat tempat aku pun banyak dah dijual. Kawan2 sekolah aku pun banyak yang ada dusun...so dapat ler aku makan doyan free..boleh kata tiap-tiap ari family aku makan buah doyan ni. Afiq pun hantu buah doyan...letak ler buah tu depan dia...kalau tak pantau habis di hadapnya sorang-sorang. Aku bukannya tak kasi dia makan tapi takut gak kot badan tak kuat demam pulak. Ha..buah doyan yang kat atas tu kami dapat dari dusun bapa saudara belah huby aku. Aku panggil dia Pak Su Azhar. Bila rasa nak makan huby aku call je suruh dia simpan...yang paling aku suka buah doyan paksu ni sebab isinya sedap..buahnya elok2 belaka..so apa lagi jom makan.

Tengok isi durian ni...isinya cantik..mesti rasa pun enak ni.

Hemmm...wa dah cakap...isi buah doyan ni enak bangat...jom makan...

makan2



Baru-baru ni saudara aku dari Pahang balik kampung aku kerana menghadiri kenduri kawin sepupu aku. Malamnya selepas kenduri dia orang tepon aku kata nak datang rumah aku. "Alamak bang...mak Long Yam dan anak2 nak mai rumah kita ni...cam ne ni?" Aku panik le sebab aku tak tau nak masak apa...nak jamu dia orang makan apa yee..buka peti ais...kosong..aku memang jarang masak tambah2 cuti sekolah...banyak kenduri..alamat gantung periuk ler. Huby aku kata.."tak pe bila dia orng datang nanti kita pi open table kat Nuri Tom Yam le.."lagipun masakan kat Nuri memang menjilat jari.

Bila dia orang sampai rumah aku dah dekat nak maghrib.. aku pun jamu ler apa yang patut sebagai alas perut. Pas tu kami pun berborak ler...maklum dah lama tak jumpa. Agak-agak perut dah keroncong kami pun pergi le ke Restoran Nuri Tom Yam tu. Malam tu aku order ikan siakap sweet sour 3 ekor, kailan ikan masin, tom yam campur, ayam goreng kunyi, sate dan telor dadar buat anak-anak kecik. Bila hidangan siap..apa lagi kami pun...bismillah....puhh..enaknya tambah-tambah dapat makan ramai-ramai..sambil makan sambil borak..sedar-sedar ikan dah tinggal tulang..Buat para pembaca terutamanya kaum family aku...aku nak promote ler kedai makan ni...sedap masakannya. Nanti bila U all balik kampung kita p lantak kat sana tau...joyah belanja ler.








Wednesday, June 24, 2009

Pengantin Muda

Cuti sekolah baru ni Bapa saudara aku buat majlis kenduri kahwin anak pompuan sulung dia...kira pupu aku la. Majlis 2 diadakan pada ari ahad...first day aku sekolah(aku keja kat Kedah)so lepas sekolah ler aku dengan hubby aku pergi majlis tu. Kira dah dekat jam 3 dah tapi jemputan ramai lagi...maklum kenduri mula kot.Lepas makan aku terus masuk dalam rumah jumpa dengan sedara mara aku. Syok gak datang kenduri lewat ni sebab dapat jumpa sedara mara...time 2 dah tak sibuk sangat...mak sedara aku (Mak Long Yam) dan anak2 dia dari Pahang pun balik. Seronoknya dapat jumpa dengan dia orang. Aku dengan hubby aku memang rapat dengan dia orang adik beradik. kali akhir kami jumpa masa kami ke Pahang ziarah kematian bapa mereka. Hilang rinduu...

Pengantin pula dok sibuk bergambar. Cantiknya pengantin...dua-dua masih muda..pengantin pompuan baru 19 tahun..jodoh awal kot. moga berbahgia hingga akhir usia. Ni ler koleksi gambar-gambar masa kenduri tu.


Rindunyaaaaa

Aku dah lama tak update blog aku ni. Bukannya malas tapi sebab sekolah baru dibuka minggu lepas so banyak tugas yang menghambat aku sampai aku tak sempat nak buka blog aku... dalam hati ni meronta-ronta nak update blog tapi keja lebih penting... minggu ni lega sikit sebab markah exam dah siap hantar kat guru kelas. ari ni baru aku ada peluang nak buka blog aku ni.

Ok ari ni aku nak cerita pasal hari-hari bersejarah aku minggu lepas. Banyak yang aku nak cerita ni. Kisah pertama aku dah tentu pasal ari pertama aku g sekolah. On the way aku nak sampai sekolah aku tengok jalan jemm...dalam hati aku...sekatan jalanraya ke? Oh...tidakkk rupa2nya ada accident...masa aku lalu situ aku tengok ada 4 buah keta dan 1 buah lori terbabit.Aku malas la nak berhenti...kalau berhenti nanti lambat lak sampai sekolah tapi sebaik sampai sekolah belum pun buka pintu keta handphone aku bunyi..."Kak Bib...bagitau boss saya accident..Laa hang ke Asiah?" Rupa2nya kawan aku salah sorang mangsa.Bila aku bagitau pengetua dia terus minta aku p tengok. Inilah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan..takut gak nak ambik banyak2 sebab pak polisi dah ada kat situ.
Ini ler kereta yang terbabit.
Ni ler keta WAJA kawan aku yang kena hentam tu.
Akibat tak ikut peraturan jalan raya...orang ramai jadi mangsa....

Friday, June 12, 2009

Beg oh beg!


Cuti sekolah dah nak habis ni.Esok je sehari lagi nak rest. Ahad dah mula kerja...alahai rasa tak syoknya...aku memang cam tu kalau cuti lama-lama ni rasa malas lak nak gi sekolah tapi bila dah sekolah rasa malas lak nak cuti..he..he..he..betui ke cam tu..tipu ler...kalau cuti hari-hari pun ok gak. Baru-baru ni aku tak ada wat apa-apa kerja so aku pun buka ler almari tempat aku simpan beg-beg kerja aku...saja je nak buang-buang habuk...sambil-sambil pikir bukak sekolah ni aku nak pakai bag tangan yang mana satu?.Belek punya belek, sapu punya sapu, lap punya lap...rupa-rupanya banyak gak bag tangan aku nie. Tak sangka gak..


Aku ni memang suka beli bag...pantang tengok ada sale(beli yang sale jer)aku mesti beli tapi kebanyakan bag tangan aku, hubby aku yang belikan. Aku jarang pergi beli bag tangan sendiri-sendiri...selalunya aku mesti beli dengan hubby aku(sebab dia yang bayar)..aku pilih kalau aku suka..aku tanya dia...bila dia suka baru kami beli. Ada gak yang aku beli sendiri..tu pun bila aku pergi kursus..sambil berkursus kami kuar shopping...hemm time tu bila ada bag yang aku berkenan aku beli ler sendiri.

Kerja cikgu ni bag tangan mesti besor..maklum ler banyak barang-barang yang nak taruk dalam bag tu. Bedak dan lipstik dah wajib. Ubat pening kepala, ubat senggugut dan macam-macam ubat mesti ada gak..kekadang emergency kes..boleh ler guna. Lepas tu pen lak beraneka kaler..sekarang dah tak guna papan hitam lagi...kita dah guna white board...mesti ada marker pen lak. Culculator lagi...nak kira duit hutang pinggan mangkuk, hutang tudung, hutang tupperware dan macam-macam hutang ler. Kalau bag tangan kecik kena lak bawa extra bag lagi. Bag tangan aku semuanya besor-besor...senang simpan barang.

Aku ni susah sikit nak tukar-tukar bag tangan bila g sekolah..bukannya apa...aku malas nak keluarkan barang-barang dari dalam bag tu...kadang-kadang ada barang penting yang tertinggal. Selalunya aku akan tukar bag tangan bila ada cuti panjang..macam cuti kali ni ler...esok g sekolah bawa bag tangan lain lak. Okay ini ler antara koleksi bag tangan aku.

Ni bag HILLY..hubby aku beli 2 tahun lalu kat Parkson Sunway Carnival Seberang Jaya. Aku sayang sangat bag ni.

Ni pulak bag GIAMAX. Hubby aku beli kat The Store Taiping tahun lepas.

Ini bag POLO-aku beli kat Langkawi masa aku pergi kursus.

Bag Alain Delon. Aku dapat free je...tebus kupon COSWAY.

Ni pulak bag SEMBONIA- hubby aku belikan.

Ini hadiah daripada kawan baik aku "Pah" masa aku pergi melawat keluarga mereka kat Kuching Sarawak.

Bag ALFIO RALDO-aku pakai time pergi majlis-majlis rasmi je.

SEMBONIA-bag ni hubby aku beli sempena hari jadi aku awal tahun ni.

Bag VALENTINO- aku beli kat SOGO.

Enaknya mee udang



Baru-baru ini aku pergi makan mee udang kat Kuala Sepetang. Ala tempat makan yang popular tu...sampai masuk dalam program Warung Kita dan Progran Jalan-jalan Cari Makan tu. Tempatnya tak ler jauh dari bandar Taiping. Kebetulan ari tu aku gi ambik aalong dari MRSM...langsung ler cari tempat makan. Aku teringin nak makan mee..Hubby aku bagi cadangan agar kami pergi Kuala Sepetang je. Anak-anak aku pun setuju.

Bila sampai kat kedai tu ari dah malam. Masa tu tak ler ramai sangat..kami pun order ler...rupa-rupanya kita boleh pilih nak mee udang laut (original) ke atau nak udang sangkar. Udang laut ni mahal sikit..ada yang berharga RM 10.00, RM 12.00 atau RM 15.00 sepinggan. Manakala mee udang sangkar pula harganya cuma RM6.00 je. Kami pilih yang harganya RM 12.00 je. Bila sampai je mee kami...alamak banyaknya udang sampai meenya tak nampak sebab dilitupi oleh udang-udang tu. Rasanya pula...puhh!!!emm..yummy..hingga tak terkata...enak..tak macam mee udang yang biasa-biasa tu. Sapa-sapa nak cuba meh ler singgah kat Kuala Sepetang...rasa ler Mee Udang Mak Teh.


Hemm....yummyy.


Tengok...tinggal kulit udang jer...alhamdulillah kenyang.

Monday, June 8, 2009

Tahniah Along


Masa dalam kereta balik dari mengecat rumah ari Jumaat lepas Along bagitau aku kawan-kawan dia semua dah dapat keputusan periksa. Aku kata kat along...ha!!balik rumah nanti mesti ada surat along. Rupa-rupanya tekaan aku tepat. Melompat along kuar kereta dulu...dia takut aku ambil surat tu terlebih dahulu daripada dia. Lepas tu along terus naik atas masuk bilik...lama..tak keluar..aik..risau gak aku..takut result along kurang baik..aku tahu along mengharapkan keputusan yang baik setiap kali exam. Tak lama lepas tu along turun bawah...saspen aku nengok muka along...macamana along result awak...dapat berapa..."Along dapat..4.00 (MRSM guna sistem pointer) sambil melompat memeluk aku dengan gembiranya. "Hi...bestnya mama sbb bukan senang tau nak score 4.00" kata along padaku. Hubby aku yang baru keluar dari bilik air pun turut mengucapkan tahniah pada along. Aku tahu along memang layak dapat result macam tu. Walaupun masa paper Biology along demam tapi alhamdulillah paper Biology along pun A. Aku tahu along memang syudy gila-gila tahun ni. Aku dulu pun tak ler study macam dia. Masa cuti ni pun aku tengok along jadi burung hantu. Malam along tak tidur langsung...kadang-kadang tu tengah malam aku saja-saj je turun bawah nak check apa yang along buat..tengok dia dok study...siang lak along ganti tidur dia. Aku tak kisah..dan aku tak pernah atur cara along belajar. Mudah-mudahan result SPM along juga akan cemerlang seperti apa yang along citakan.