Tuesday, June 30, 2009

Kami Juara

Hari sabtu lepas aku dengan team bola jaring Zon Serdang meyertai pertandingan bola jaring PSKPPK (utk kakitangan guru dan staf pendidikan je) kat Padang Serai.Team aku 10 orang...aku tak main cuma jadi pengurus pasukan je..frust gak tak leh main. Dulu masa muda2 aku tak pernah miss tapi bila batu karang ada dalam hempedu ni aku kena ler lupakan niat nak main tu.Masa pertandingan team yang paling kami takut ialah team Bandar Baru (Sekolah Huby aku)dia orang pun kuat-kuat, ramai pemain muda. tapi kerana semangat berpasukan akhirnya team aku jadi Johan.Seronok gak ler kerana tak sia-sia kami berlatih tiap petang...tinggal huby and anak kat rumah. Insyaallah lepas ni dapat ler p peringkat negeri pulak.

Kekadang tu seronok gak dapat tengok mak-mak budak main bola jaring. Cikgu-cikgu ramai yang dah veteran tapi masih kuat lagi tenaganya. Dalam team aku ada sorang guru veteran...aku panggil kak Jun je sebab aku dengan kak Jun ni dah lama kenal...kami selalu bawa team bola jaring daerah Kulim ke peringkat negeri. Dulu dia jadi Pengerusi Teknik daerah. Umur kak Jun ni dah masuk 50 tapi kudrat dia mak aii ngalahkan budak 17 tahun. Kerna ada kak jun ler team aku jadi semangat. Thanks kak Jun..tahun depan leh main lagi.

Bila sebut pasal bola jaring ni, seingat aku ler aku dah lama betoi dengan permainan bola jaring nie. Mula-mula aku terpilih main netball ni time aku darjah 4..lepas tu aku tak toleh belakang lagi terus mewakili sekolah setiap tahun..sekolah aku masa tu SRK Sungai Star Parit Buntar. Bila aku sekolah menengah di SM Perempuan Methodist Ipoh aku turut wakill sekolah dari standard 1-5...Masa di UITM pun aku tak lepasa peluang tapi badan aku tak ler slim lagi so aku main untuk wakil kolej jer. Selepas aku jadi cikgu dan mengajar di SMK STAR Kuching..aku dah tak aktif main lagi tapi aku terus melatih pemain-pemain sekolah aku sehingga team aku jadi Johan tahun terakhir aku di Sarawak..(kata bebudak tu hadiah johan tu untuk aku...ala teruja nye)...so bila aku balik sini dan ngajar kat Serdang aku terus melatih budak-budak serdang pulak. mak aku pernah kata kat aku..."hang ni main netball dari kecik sampai ler beranak pinak.." kulit aku ni tak pernahnya cerah...tiap kali ada game mesti sun burn punya.

Bergambar kenangan. JOHAN dan Naib JOHAN

Aksi JUARA

Team Serdang JUARA

Berbaris- sedia untuk terima hadiah

Sunday, June 28, 2009

Char kuey teow

Makan lagi...char kuey teow memang feberet aku. kalau malas nak makan nasi kami akan pergi ke warung char kuey teow along kat belakang Petronas. Warung along ni memang tak lekang dengan peminat char kuey teownya. Kekadang kami terpaksa menunggu dalam keta sementara nak dapat meja kosong. Rasanya lain dari yang lain..Aku malas nak cerita panjang..kalau nak tahu keenakannya mai la makan kat sini.

Cerita pasal char kuey teow ni aku teringat dengan sedara aku kat Pahang. Dia orang anak beranak memag suka makan char keow tiau ni...terutama dek Pah dan Na. Kalau dia orang balik kampung mesti dia orang call dan ajak aku dan huby aku makan sama. kalau makan mesti tak cukup satu pinggan..baru-baru ni masa dia orng balik..dia orang ajak aku p makan tapi tak ada rezeki kot...warung char kuey teow along tutup..kesian gak aku tengok muka-muka frust sepupu aku tuh. Tak pa bila u all balik lagi kita makan sama-sam ekk.

Afiq- sedang makan char keow Tiau kegemarannya.

Ini lah Char Keow Tiau Along

Datng ler Ke Petronas Parit Buntar untuk merasai kelazatan Char Keow Tiau Along.

doli kuey teow

Cerita makan lagi...minggu ni aku tak tau ler nape aku banyk cerita pasal makan. Makan...makan..makan. Ni cerita masa aku pergi makan kat restoran doli kuey teow di Taiping. Aku dah lama teringin nak makan kat sana...dengar orang cakap kuey teow goreng kat situ sedap. Dah masuk dalam program Warung Kita dan Jalan-jalan Cari Makan dah.

Kat restoran tu bukan hanya kuey teow goreng je yang ada...nasi ayam, mee rebus, bihun sup, kuey teow sup pun ada. Rasanya memang lazat..sapa yang dah rasa je yang tahu perbezaannya...buat adik-adikku kat KL..cepat2 ler balik kampung...leh kita p makan kat doli.




durian


Hem...banyaknya buah doyan..mesti tak habis makan ni..orang KL nak ke?

Sekarang ni musim buah2an. Tapi buah yang tengah glamer sekarang tentu ler buah doyan.(durian). Kat tempat aku pun banyak dah dijual. Kawan2 sekolah aku pun banyak yang ada dusun...so dapat ler aku makan doyan free..boleh kata tiap-tiap ari family aku makan buah doyan ni. Afiq pun hantu buah doyan...letak ler buah tu depan dia...kalau tak pantau habis di hadapnya sorang-sorang. Aku bukannya tak kasi dia makan tapi takut gak kot badan tak kuat demam pulak. Ha..buah doyan yang kat atas tu kami dapat dari dusun bapa saudara belah huby aku. Aku panggil dia Pak Su Azhar. Bila rasa nak makan huby aku call je suruh dia simpan...yang paling aku suka buah doyan paksu ni sebab isinya sedap..buahnya elok2 belaka..so apa lagi jom makan.

Tengok isi durian ni...isinya cantik..mesti rasa pun enak ni.

Hemmm...wa dah cakap...isi buah doyan ni enak bangat...jom makan...

makan2



Baru-baru ni saudara aku dari Pahang balik kampung aku kerana menghadiri kenduri kawin sepupu aku. Malamnya selepas kenduri dia orang tepon aku kata nak datang rumah aku. "Alamak bang...mak Long Yam dan anak2 nak mai rumah kita ni...cam ne ni?" Aku panik le sebab aku tak tau nak masak apa...nak jamu dia orang makan apa yee..buka peti ais...kosong..aku memang jarang masak tambah2 cuti sekolah...banyak kenduri..alamat gantung periuk ler. Huby aku kata.."tak pe bila dia orng datang nanti kita pi open table kat Nuri Tom Yam le.."lagipun masakan kat Nuri memang menjilat jari.

Bila dia orang sampai rumah aku dah dekat nak maghrib.. aku pun jamu ler apa yang patut sebagai alas perut. Pas tu kami pun berborak ler...maklum dah lama tak jumpa. Agak-agak perut dah keroncong kami pun pergi le ke Restoran Nuri Tom Yam tu. Malam tu aku order ikan siakap sweet sour 3 ekor, kailan ikan masin, tom yam campur, ayam goreng kunyi, sate dan telor dadar buat anak-anak kecik. Bila hidangan siap..apa lagi kami pun...bismillah....puhh..enaknya tambah-tambah dapat makan ramai-ramai..sambil makan sambil borak..sedar-sedar ikan dah tinggal tulang..Buat para pembaca terutamanya kaum family aku...aku nak promote ler kedai makan ni...sedap masakannya. Nanti bila U all balik kampung kita p lantak kat sana tau...joyah belanja ler.








Wednesday, June 24, 2009

Pengantin Muda

Cuti sekolah baru ni Bapa saudara aku buat majlis kenduri kahwin anak pompuan sulung dia...kira pupu aku la. Majlis 2 diadakan pada ari ahad...first day aku sekolah(aku keja kat Kedah)so lepas sekolah ler aku dengan hubby aku pergi majlis tu. Kira dah dekat jam 3 dah tapi jemputan ramai lagi...maklum kenduri mula kot.Lepas makan aku terus masuk dalam rumah jumpa dengan sedara mara aku. Syok gak datang kenduri lewat ni sebab dapat jumpa sedara mara...time 2 dah tak sibuk sangat...mak sedara aku (Mak Long Yam) dan anak2 dia dari Pahang pun balik. Seronoknya dapat jumpa dengan dia orang. Aku dengan hubby aku memang rapat dengan dia orang adik beradik. kali akhir kami jumpa masa kami ke Pahang ziarah kematian bapa mereka. Hilang rinduu...

Pengantin pula dok sibuk bergambar. Cantiknya pengantin...dua-dua masih muda..pengantin pompuan baru 19 tahun..jodoh awal kot. moga berbahgia hingga akhir usia. Ni ler koleksi gambar-gambar masa kenduri tu.


Rindunyaaaaa

Aku dah lama tak update blog aku ni. Bukannya malas tapi sebab sekolah baru dibuka minggu lepas so banyak tugas yang menghambat aku sampai aku tak sempat nak buka blog aku... dalam hati ni meronta-ronta nak update blog tapi keja lebih penting... minggu ni lega sikit sebab markah exam dah siap hantar kat guru kelas. ari ni baru aku ada peluang nak buka blog aku ni.

Ok ari ni aku nak cerita pasal hari-hari bersejarah aku minggu lepas. Banyak yang aku nak cerita ni. Kisah pertama aku dah tentu pasal ari pertama aku g sekolah. On the way aku nak sampai sekolah aku tengok jalan jemm...dalam hati aku...sekatan jalanraya ke? Oh...tidakkk rupa2nya ada accident...masa aku lalu situ aku tengok ada 4 buah keta dan 1 buah lori terbabit.Aku malas la nak berhenti...kalau berhenti nanti lambat lak sampai sekolah tapi sebaik sampai sekolah belum pun buka pintu keta handphone aku bunyi..."Kak Bib...bagitau boss saya accident..Laa hang ke Asiah?" Rupa2nya kawan aku salah sorang mangsa.Bila aku bagitau pengetua dia terus minta aku p tengok. Inilah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan..takut gak nak ambik banyak2 sebab pak polisi dah ada kat situ.
Ini ler kereta yang terbabit.
Ni ler keta WAJA kawan aku yang kena hentam tu.
Akibat tak ikut peraturan jalan raya...orang ramai jadi mangsa....